Wednesday, May 8, 2013

Permainan ape nak buat??

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA

Serabot cari permainan untuk orientasi pelajar baru??? kita memang nak permainan melibatkan kepekaan, ketaatan, dan menguji IQ. Meh aku kongsikan beberapa permainan yang boleh dicelah, 

1) Telefon rosak
Cara permainan senang sahaja. Pecahkan kebeberapa kumpulan mungkin dalam 10  orang dalam 1 kumpulan, fasi akan buat satu ayat dalam 6 atau 7 perkataan berbeza ayat setiap kumpulan di atas kertas. Jadi berikan kepada setiap kumpulan yang ada. individu pertama akan baca ayat tersebut dan hafal dalam beberapa menit . Fasi akan ambil semula kertas tersebut dan mulakan permainan!

2) Kamil kata
permaianan yang mudah, hanya perlukan seorang atau lebih fasi untuk menjadi leader dengan memberikan arahan dengan menggerakkan anggota badan seperti angkat tangan tetapi leader angkat kaki. disini dapat menguji kecepatan otak berfikir.

3) Soal menyoal
perlukan 2 orang pemain untuk membuat soal menyoal. Ayat penyata tidak dibenarkan sama sekali..

4) Berita berkepala 3
Tajuk je berkepala tiga,  bergantung kepada fasi nak buat berapa orang. pilih satu tajuk berita yang hendak dijadikan cerita. Ambil satu Huruf contohnya A.individu pertama akan mulakan permainan dengan abjad A contohnya ADA...dan individu kedua dengan huruf B.... dan seterusnya......

5) Cerita berabjad
sama je cara main cuma perlu ikut susunan abjad contoh dari C kepada C

6) Beku
sesuai untuk bermain 3 orang , buat satu cerita dengan gerak badan. ahli kumpulan yang lain boleh mengatakan beku untuk memberhentikan lakonan mereka dan menggantikan salah satu pemain dalam game tersebut dan mengikut cara atau kedudukan badan pada akhir dia beku. dan buat lakukan lakonan semula dan seterusnya

OUTDOOR

1) Mini Olimpik

Nama pun dah olimpik, dalam fikiran mesti gelung kan. Jadi permaian ini adalah untuk berpasukan. berapa ramai yang anda mahu terserah.

cara permainan adalah dengan bergerakkan gelung tu sampai peserta terakhir tanpa melepaskan genggaman. Ikut sama ada nak buat formasi dalam bulatan atau memanjang.

Kalau permainan berasaskan kelung yang lain, buat satu group dalam 5 atau 6 orang. Then, angkat kelung tu dengan satu jari (kedua belah tangan) secara serentak dan meletakkan di sesuatu tempat yang ditetapkan. contoh, masukkan kelung tersebut ke badan seseorang (masuk dari atas ke bawah )

2) Holzplatte Loch Ball Schnure (Bola dan Lobang) atau Toxic Waste Transfer Game

Permainan ini popular kat Switzerland, fokus adalah kerjasama dalam kumpulan. Nampak gambar sebelah korang akan faham main macam mana, dan kalau korang rasa macam susah sangat nak cari papan macam tu gunalah baldi. Ikat tali kat tepi baldi dalam 4/5/6 tali, masukkan bola dalam baldi dan pindahkan bola tu ke baldi yang lain. Ingat, bukan senang main benda alah ini.. hahaha

3) Kereta Api Belon

nama pon dah kereta api, so bahannya manusia dan belon lah. Buat sekumpulan peserta tapi kalau molek lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan. nanti jadi kes mencabul pulak.. hahahaha... ok. tengok gambar tu korang akan faham. kalau nak khianat orang bubuhlah tepung atau air sebagai penambah perisa.












4) Baling Belon (Throw the ball)
Permainan berasaskan belon jugak, cuma letak air atau tepung lah. Cara permainan adalah 1 by 1 , terserah macam mana korang nak buat, kalau nak satu baris bergerak (bertukar pasangan) pon boleh.

Setakat ini dulu lah yang boleh di share.. akan ada permainan yang lain akan aku kongsikan.